Khamis, 18 Februari 2016

Herba untuk lelaki

Tanaman herba Untuk Lelaki Supaya Kuat Dan Tahan Lama

Untuk menambah daya hidup lelaki, ada pelbagai tanaman herba yang boleh dimakan. Apa sajakah? Berikut di antaranya:
ginseng
l. Ekstrak ginseng
Ginseng merupakan tumbuhan dengan khasiat meningkatkan stamina tubuh, prestasi fizikal, meningkatkan ghairah seksual, memperbaiki aliran darah, dan menunda proses penuaan dan penurunan fungsi rangkaian atau organ.
2. Ekstrak damiana Damiana (Turnera aphrodisiaca) berkhasiat dalam meningkatkan stamina kaum lelaki merupakan tumbuhan belukar kecil dengan daun beraroma khas. Tanaman ini digunakan sebagai afrodisiak (bahan-bahan yang digunakan untuk merangsang daya seksual), antidepresi, tonikum, dan diuretik.
3. Ekstrak yohimbe
Ekstrak yohimbe merupakan alkaloid yang berasal dari tanaman Pausinystalia yohimbe, dan bermanfaat untuk meningkatkan stamina lelaki. Kesannya melebarkan pembuluh darah, meningkatkan aliran darah, khususnya di rangkaian erektil.
4. Muira puama
Muira puama (Ptychopetalum olacoides) merupakan tumbuhan belukar dari Brazil yang digunakan sebagai afrodisiak dan perangsang sistem saraf.
5. Ginseng Siberia
Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus) digunakan untuk meningkatkan stamina dan meningkatkan daya tahan terhadap stres.
6. Arginine
Arginin merupakan asid amino yang berfungsi meningkatkan aliran darah melalui pembentukan nitrik oksida yang merelaksasikan saluran darah.
7. Halia
Halia (Zingiber officinale Rosc) merupakan tumbuhan semusim yang banyak ditemui di Malaysia dan nusantara amnya dan belahan dunia lain. Halia mengandungi minyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, zingiberin, zingiberol, gigerol, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Di balik rasanya yang pedas, halia mempunyai khasiat merangsang pelepasan hormon adrenalin, melebarkan pembuluh darah dan mempercepatkan aliran darah. Halia juga mengandungi antioksidan yang membantu meneutralkan kesan merosakkan yang disebabkan radikal bebas didalam tubuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan