Khamis, 18 Februari 2016

Ikan Puyu

Ternakan Ikan Puyu



1.1.      Pengenalan
  • Projek yang dicadangkan adalah  ternakan ‘Ikan Puyu’  (Climbing Perch) atau nama saintifiknya ‘Anabias Testudineus’. Ikan Puyu dikenal juga dengan nama ‘Betok’ dan ada setengah-tengah orang memanggil  ‘Betik’. Ikan Puyu adalah jenis ikan yang umumnya hidup liar di perairan air tawar berukuran kecil dan panjangnya hingga sekitar 25 cm.
  • Ikan Puyu biasanya menghuni disawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama diatas darat walaupun tanpa air.
  • Setengah-tengah orang memelihara ikan puyu untuk  tujuan perhiasan atau menjadikannya platform menghalang kuasa jahat.
  • Ikan ini dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal dan permintaan spesis ini terus meningkat.
  • Ikan puyu  adalah sejenis ikan yang paling mudah diternak kerana kebanyakan penternak merasakan bahawa ikan ini tahan (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan apa saja.
1.2.      Potensi / Permintaan
  • Usaha menternak ikan ini mampu memberi hasil lumayan sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang.
  • Harga bagi puyu siam dan tempatan juga berbeza. Atas permintaan yang tinggi, ikan puyu tempatan kini boleh mencecah RM 7.00 hingga RM9.00 sekilogram pada harga ladang dan RM10.00 – RM15.00 sekilogram pada harga runcit dipasaran tempatan dan kadangkala boleh mencecah pada kadar harga RM20.00 – RM30.00 sekilogram.
  • Ikan puyu popular dikalangan penduduk tempatan kerana boleh  dibuat Pekasam. selain digoreng rangup dan dimakan dengan nasi putih.
  • Bukan orang Melayu sahaja yang meminati memakan ikan puyu tetapi orang Siam dan Bangladesh juga meminati makan ikan puyu.
1.3.      Biologi Ikan Puyu
Ikan Puyu diklasifikasi: Phylum : Chordata. Sub Phylum : Vertebrata. Kelas : Pisces.  Sub Kelas : Teleostei. Ordo : Labytinthichi. Famili : Anabantidae. Genus : Anabas. Species : Anabas testudineus Bloch.
1.4.      Spesis Ikan Puyu
Ternakan akan meliputi kepada 2 jenis ikan puyu yang biasa diternak iaitu:
  • Puyu Siam. Boleh didapati dikawasan paya  air payau. Ikan ini  berwarna coklat.  Mulutnya  runcing sedikit dan terdapat bintik bintik. Puyu  jenis coklat ini memang ada  di seluruh negara bukan sahaja di Siam, tapi di malaysia kita di panggil  ‘Puyu Siam’. Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm seekor. Anak ikan puyu siam lebih tahan lasak dan pembesarannya  lebih cepat berbanding ikan puyu kampong tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Jangkamasa ternak dalam tempoh 3.5 – 4.5 bulan dipelihara dalam kolam.
  • Puyu Kampong. Ialah puyu yang berwarna agak kehijauan dan berbintik-bintik hitam di badan. Puyu jenis ini lambat sedikit membesar untuk mencapai tahap 200 gram. Ikan puyu yang  betina mengambil masa 6 bulan. Tetapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklat atau puyu siam. Dikatakan  terbukti lebih enak rasanya dari baka siam.
Tempoh matang ikan puyu puratanya antara 120 – 150 hari bergantung pada saiz benih, pemberian makanan dan cara pengurusan air. Sementara ikan puyu jantan beratnya purata 150 gram seekor berbanding puyu betina antara 180 gram – 250 gram seekor. Kajian menunjukkan satu populasi sebanyak 60% adalah ikan puyu betina dan 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan.

1.5.      Habitat
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, ikan ini hidup berkumpulan dan mudah di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang banyak. Spesis ini boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air. ia perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Spesis ini sangat aktif pada waktu petang dan gemarkan stuktur sungai atau parit.
1.6.        Kolam
  • Kepadatan kolam yang sesuai adalah sebanyak 3 – 4 ekor setiap sekaki persegi dengan kedalaman air 3 – 4 kaki.  Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan puyu siam yang saiznya agak lebih besar sedikit daripada baka ikan puyu tempatan yang ada di Malaysia.
  • Mengadakan keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organic. Adalah digalakkan dipermukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting, kangkung, kiambang dan kemeling.
  • Mengikut kajian, kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana habitat ikan ini datangnya dari persekitaran neutral dari tanah.  Untuk kolam tanah 20′ x 40′ boleh memuatkan ikan puyu lebih kurang dalam 10k. Untuk pembesaran ikan air tawar, kolam tanah memberi jangka masa pembesaran lebih cepat berbanding kolam-kolam lain.
  • Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyu mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air. Pengurusan kolam yang baik dapat mengekalkan suhu air pada 28oC.
1.7.    Pembenihan
  • Pembenihan Semulajadi
Benih ikan boleh dihasilkan tanpa suntikan atau secara semulajadi.  Untuk menunggu mendapatkan hasil tanpa suntikan sememangnya memerlukan jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun penantian ini berpadanan kerana ikan yang dipelihara dapat mengeluarkan hasil tanpa perlu menyuntik. Untuk menunggu pembenihan ikan, harus menyimpan sepasang ikan puyu dalam air yang kotor dan membiarkan selama 6 bulan.
Pemberian sejenis hormon khas membantu meningkatkan peratus ikan puyu betina. Hormon ini diberikan semasa anak ikan puyu dilepaskan didalam kolam tanah yang dibina bagi tujuan penternakan ikan puyu secara komersil.
Selepas itu barulah dimasukkan kedalam kolam pembesaran, ia harus di beri makan secukupnya iaitu 20 peratus dari berat badan dan di beri 4-5 kali sehari.  Waktu makan 4-5 kali sehari perlu di lakukan selama 2-3 minggu pertama.
Ikan puyu betina jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. Dalam proses ini,  gredkan ikan selepas sebulan dan asingkan puyu jantan yang agak kecil dan panjang. walaupun di ternak sehingga 6 bulan , puyu jantan susah membesar dan susah hendak di jual.
Ikan puyu boleh makan apa saja kerana ia jenis omnivour. tapi jika kita ternak puyu betina, ia memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan-ikan yang lain kerana ikan puyu betina menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.
Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makan berlemak dan berminyak bangi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu.
Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih.
  • Kaedah Penyuntikan
Penyuntikan terhadap ikan Puyu dilakukan bersamaan antara induk jantan dan betina (penyuntikan dilakukan hanya sekali), adapun hormon yang digunakan dalam penyuntikan ini adalah hormon ovaprim dengan dosis yang di berikan pada penyuntikan tersebut sebesar 0,4 ml/Kg induk baik untuk induk ikan betina maupun induk ikan jantan.
Setelah dilakukan penyuntikan antara induk ikan jantan dan induk ikan betina maka induk ikan tersebut diletakkan pada bak pemijahan untuk melakukan proses pemijahan, dengan perbandingan 3 : 1 (3 jantan 1 betina).
Setelah ikan Puyu memijah selang waktu antara 10 – 12 jam maka induk ikan jantan dan betina diangkat atau dikeluarkan dari bak pemijahan, sementara telur yang telah dipijahkan kita biarkan balam bak tersebut.
  • Penetasan
Penetasan telur yang telah dipijahkan oleh induk ikan dilakukan pada bak pemijahan yang diberi aerasi sebagai penambah oksigen terlarut di dalam air. Telur ikan Puyu akan menetas antara 10 hingga 12 jam.
1.8.      Pemakanan
  • Ikan puyu memerlukan makanan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan mampu mencapai tahap matang 4 – 6 bulan bergantung tahap kesuburan air.
  • Teknologi kini lebih mudah dan cepat membesar dengan formulasi makanan ikan komersil di pasaran seperti keluaran Syarikat Cargill dan Gold Coin dalam bentuk pellet atau butiran (floated granules)
  • Semasa anak ikan baru masuk kedalam kolam pembesaran mesti diberi makan secukupnya iaitu 4-5 kali sehari menjadikan kadar pembesaran sehingga 20% dari berat badan. Kaedah ini perlu dijalankan selama 2-3 minggu pertama.
  • Pada umur 2 – 3 minggu pertama adalah kritikal dengan memberi makan sebanyak 4 – 5 kali sehari kerana ikan puyu adalah sejenis ikan karnibal yang akan makan anak puyu lain atau anak ikan lain didalam kelompok dikolam.
  • Pemberian usus ayam, baja ikan dan lain-lain bentuk makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangan isu karnibalism dimana cara ini mampu mengurangkan sehingga 50% dari jumlah populasi jika tidak di kawal.
  • Makanan ikan yang dicadangkan pallet telur katak campur dengan baja pembesaran bakuhanseki.
  • Selain daripada itu boleh gunakan Mix Vitamin digunakan untuk dicampur dgn makanan pallet bagi menanbahkan lagi vitamin dlm makanan ternakan. Kadar campuran yang disyorkan 10 gram mix vit = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Boleh juga menggunakan media makanan seperti kelapa sawit,  buah neram, ulat sagu,  cengkerik,  ubi kayu,  cacing tanah,  perut ayam,  gewang (mengilat) dan lain-lain lagi.
1.9.      Penggredan
  • Selepas sebulan diternak akan diadakan  aktiviti pengredan atau pemilihan ikan puyu.
  • Perlu mengeluarkan atau mengasingkan ikan puyu jantan,  apabila sampai ke peringkat matang ianya susah membesar tidak sepertimana ikan betina.
1.10.      Pengurusan Kolam
  • Pengurusan kolam merupakan aktiviti yang penting dan perlu dititikberatkan dalam bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan dan memberi keuntungan kepada penternak.
  • Langkah-langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian dalam pengurusan kolam iaitu dalam aspek kadar pelepasan benih, saiz benih, masa pelepasan benih, penyukatan suhu air kolam, kawalan pertumbuhan plankton, pertukaran air, makanan tambahan, makanan rumusan, musuh ikan, pengendalian lepas tuai, rekod pengurusan kolam dan lain-lain lagi yang perlu diberi perhatian.
  • EM boleh dimasukkan dalam kolam ternakan untuk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan.
  • Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Artemia sebagai alternatif moina untuk makanan rega ikan yg berumur 4 hari – 10 hari.
1.11.    Pengawalan Penyakit
Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah adalah disebabkan suhu, dimana badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:
  • Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tibatiba.
  • Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam.
  • Sumber dan mutu air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .
  • Pengendalian  adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.
  • Faktor Kesesakan dan kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor kesesakan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.
  • Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.
  • Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.
  • Pengawalan Patogen, Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.
  • Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
  • Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
  • Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
  • Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
  • Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
  • Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.
1.12.   Butiran projek
Projek ternakan ikan puyu dilaksanakan adalah sebagai langkah usaha sampingan untuk menambah pendapatan. Ini kerana  ternakan ikan puyu  ini mendapatkan permintaan yang tinggi di kalangan penduduk tempatan. Beberapa kriteria perlu dititiberatkan kepada projek ini, ialah:
Aspek  Kolam Ternakan
  • Kolam ternakan air tawar  bergantung kepada size projek secara kecil-kecilan atau komersial.
  • Kolam ternakan sebaik-baiknya  dikelaskan kepada 3 kolam  mengikut kategori Kolam seperti kolam pembenihan, kolam penggredan dan kolam ternakan.
  • Kolam sebaik-baiknya dinaiktarafkan kolam yang sedia ada adalah untuk meningkatkan lagi produktiviti dan lebih berdaya maju. Selaras untuk memenuhi pasaran tempatan.
1.13.    Benih
  • Untuk meningkatkan produktiviti, projek ini akan  membuat pembelian benih yang berkualiti dan bermutu. Ini bagi memastikan ternakan yang dijalankan  dapat dirancang  dan diprogramkan dengan pengurusan yang teratur.
  • Benih ikan puyu boleh diperolehi dari pembekal tempatan dengan kadar harga berikut:
Saiz 1 InciRM0.10 Sen
Saiz 1.5 InciRM0.12 Sen
Saiz 2 InciRM0.15 Sen
1.14.      Pengeluaran / Hasil
  • Pengeluaran meliputi aspek kemasukan benih induk, pemakanan, pengawanan, penggredan ikan dan pengeluaran ternakan ikan puyu.
  • Pengeluaran mengambil masa dalam tempoh 4 – 6 bulan. Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada sistem dan pengurusan kolam ternakan yang diuruskan.
  • Secara puratanya, pulangan kepada penternak pada kadar anggaran 80% setiap kali tuai dan jualan.
  • Kadar hidup ternakan ikan dititikberatkan bagi mendapatkan hasil dan pulangan yang baik.
1.15.    Pemasaran
Boleh dipasarkan  di pasar-pasar malam dan pasar awam yang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai.
Terdapat tiga  (3) kategori harga untuk memasarkan ikan iaitu:
  • Harga Ladang. Harga di ladang ditentukan oleh kos pengeluaran bagi setiap kilogram ikan yang dihasilkan dan dicampur dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh penternak. Di samping itu harga di ladang juga ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran.
  • Harga Borong. Harga borong adalah harga yang ditentukan oleh pemborong. Harga ini meliputi harga ladang dicampur dengan kos pengendalian, kos pengangkutan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemborong. Biasanya harga borong lebih tinggi dari harga di ladang.
  • Harga Runcit. Harga runcit merupakan harga yang akan dibayar oleh pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi dari harga borong. Harga runcit meliputi harga borong campur dengan beberapa kos yang ditanggung oleh peruncit seperti kos upah, kos menyimpan, kos sewa, keuntungan dan sebagainya.  Jelas jualan secara runcit lebih menguntungkan dan lumayan.
1.16.    Penutup
  • Industri ternakan ikan air tawar berdayamaju dan berpotensi untuk komersial.
  • Sebagai usaha sampingan kepada para petani dan nelayan. Ini kerana  ikan puyu mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan orang ramai.
Oleh: M. Yushak

7 ulasan:

  1. Boleh tanya x? Klau ikan puyu ni kita bela dlm akuarium, tanah, batu atau pasir apakah yg sesuai untuk ikan puyu ini bagi mengelakkan kesihatan puyu & air terjejas

    BalasPadam
  2. trma kasih diatas ilmu y dikongsi..sy mempunyai 6biji kolam..3kolam tanh dan 3kolam batu..sy pertenak ikan puyu siam..tpi sy xpunyai pasar lgi..jika ad y ingin membeli boleh cal sy dan sy akan mnjadi pembekal puyu siam kpda sesiapa y berminat...nama sy alan/0199067526...pahang..

    BalasPadam
  3. salam sy nk tanya kalau ank ikan umo 00 nk bagi makan apa yg atau boleh wasap sy 0174366376 sebat sy baru nk belajar

    BalasPadam
  4. Dimana ye nak cari benih puyu ni,boleh bagi information tak 01336633q0

    BalasPadam
  5. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam