Panduan Menanam Kelapa
Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-
- Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall )
- Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)
- Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)
- Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)
- Kelapa MAWA (Malayan Dwarf X West Afrcan Tall)
- Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall)
- Kelapa Tinggi Afrika Barat
- Kelapa Tinggi Tagnanan
- Kelapa Tinggi Rennel
- Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf)
- Kelapa MAREN (MYD.MRD X Rennel Tall)
- Kelapa MAMA (MYD/MRD X Malayan Tall)
- Kelapa Sawit
- KELAPA TINGGI MALAYA
Kelapa Tinggi Malaya ialah kelapa tinggi yang berasal dari Malaysia dan ditanam meluas di kawasan pantai. Jenis ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun. Pokok bersaiz besar dan tinggi. Ketinggiannya boleh mencapai 15-18 meter. Kelapa jenis ini mempunyai pertumbuhan yang cergas serta dapat tumbuh dipelbagai jenis tanah.
Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta mengandungi air yang banyak. Ciri-ciri ini menjadikan ianya sesuai untuk dijual sebagai kelapa muda. Purata buah setandan ialah 3-5 biji. - KELAPA MAWA
Kelapa MAWA ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji.
3. KELAPA RENDAH MALAYA
Kelapa Rendah Malaya berasal dari Malaysia. Terdapat tiga jenis Kelapa Rendah Malaya iaitu kuning, merah dan hijau berdasarkan warna buahnya. Kelapa Rendah Malaya merupakan pokok kelapa yang bersaiz kecil dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga enam meter. Saiz buahnya kecil manakala bilangan buah setandan boleh mencapai sehingga 15 biji atau lebih. Pada masa ini pokok Kelapa Rendah Malaya tidak ditanam secara komersil dan hanya digunakan sebagai pokok hiasan dan pokok induk dalam pengeluaran benih hibrid kelapa seperti MAWA dan MATAG.

4. KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)
Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.
Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun. Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml. Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.
Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan selepas persenyawaan. Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut. Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

5. Pengedar dan pembekal anak benih kelapa pandan:
Untuk tempahan sila hubungi Ketua Stesen,
Pusat Pembangunan Komoditi Telok Bharu
36400 Hutan Melintang, Perak
Tel: +605-6421100
Peringkat yang sesuai untuk kelapa botak
Di peringkat ini seludang (T-3) terbentuk penuh (70-90 cm) panjang tetapi belum memecah. Di bawah seludang ini terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah diantara 18-24 cm atau sebesar bola tenis. Dengan ini tandan yang sebaris di bawah iaitu T-1 boleh dipetik untuk menghasilkan kelapa botak.
Peringkat yang sesuai untuk kelapa telur
Di peringkat ini seludang (t-3) telah pecah dan mengeluarkan mayangnya sebaris di bawah T-3 terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah besar sedikit iaitu antara 22-26 cm, dengan ini tandan yang sebaris di bawah (T-2) iaitu (T-1) adalah tandan yang sesuai untuk menghasilkan kelapa telur.
*Benih kelapa ini boleh didapati daripada Pusat Pembangunan Komiditi, Teluk Bharu, Perak.

6. Petua Memilih Kelapa Pandan
(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
7. Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan. Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli. Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya. Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan. Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih. Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
KELAPA MATAGKelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.
Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).
Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.
Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.
Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.
Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.
Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA
Faktor Iklim
Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun. Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa. Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC. Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.
Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%. Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.
Faktor Tanah
Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Zon Tanaman Kelapa
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman. Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan Datuk, Perak; Sabak Bernam, Selangor; Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor. Di Pantai Timur pula, tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu dan Besut, Terengganu.
PEMILIHAN BUAH KELAPA DAN PENYEMAIAN
Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis, bebas daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya. Buah-buah ini perlu disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama dua minggu untuk percambahan yang seragam.
Buah-buah kelapa perlu dicambah terlebih dahulu sebelum disemai. Untuk mempercepatkan percambahan, buah kelapa yang dipilih dipotong sedikit bahagian sabut atas (widest hump of the nut) sepanjang 5 cm garis pusat dan lebih kurang 1.0 cm dalam. Biji benih disusun rapat secara mendatar pada jarak 30 cm dalam baris x 30 cm antara baris di dalam petak semaian dengan mendedahkan satu pertiga bahagian kelapa di atas permukaan pasir. Penyiraman dilakukan 1-2 kali sehari bergantung kepada keadaan cuaca. Jangka masa percambahan biji benih mengikut kultivar ialah:-
Kelapa Tinggi Malaya
Kelapa Rendah Kelapa MATAG Kelapa Pandan |
-
- - - |
10 - 12 minggu
4 - 7 minggu 4 - 6 minggu 4 - 7 minggu |
Biji benih yang normal dan cergas dipilih dan dicabut menggunakan cangkul. Bahagian akarnya dipotong sepanjang 5 cm daripada pangkal sebelum diubah ke polibeg atau tapak semaian ladang.
Semaian menggunakan polibeg
Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan serata dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di ladang, kerosakan semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang pokok dapat dikurangkan, kadar pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam dan tiada atau kurang masalah trasplanting shock. Anak benih di dalam polibeg boleh disimpan selama 10 bulan selepas diubah.
Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir. Bagi setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur digunakan. Pemulihan dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang tidak subur dibuat empat bulan selepas diubah dan diteruskan sehingga anak benih berumur 8 bulan. Naungan 30% - 50% diberi kepada anak benih semasa proses pengerasan. Anak benih sesuai ditanam di ladang apabila berumur 6-8 bulan. Anak benih yang cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan. Jarak susunan polibeg yang disyorkan adalah seperti di bawah:-
Saiz polibeg
|
Jarak susunan
|
Jangkamasa disimpan selepas diubah
|
Jumlah polibeg sehektar
|
45 cm x 45 cm
45 cm x 45 cm |
60 cm x 60 cm x 60 cm
80 cm x 80 cm x 80 cm |
6-7 bulan
8-9 bulan |
20,000 pokok
18,000 pokok |
Semaian di ladang
Untuk tapak semaian di ladang, kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik, tidak ditenggelami air dan berdekatan dengan sumber air. Petak-petak selebar 1.2 m - 1.5 m dengan ketinggian 0.2 m dan panjang mengikut kesesuaian tempat dibuat. Jarak semaian anak benih yang disyorkan ialah 0.5 m x 0.5 m. Anak benih yang berumur 6-8 bulan, normal dan cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan. Aktiviti penakaian dijalankan sama seperti penyelasan penakaian anak benih semaian menggunakan polibeg.
Pembersihan tanah
Kawasan yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan bebas daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki. Bagi kawasan bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan menggunakan jentolak. Jentolak ini akan menumbangkan, menghancur batang kelapa dan menyusunnya mengikut barisan tertentu. Dengan cara ini proses pereputan dan aktiviti-aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
Menanam kekacang penutup bumi
Setelah pembersihan kawasan selesai, penanaman tanaman kekacang penutup bumi perlu dijalankan. Penanaman ini bertujuan untuk mengawal hakisan tanah, kehilangan nutrien melalui larut resap, menyuburkan tanah dengan penambahan nitrogen dalam tanah, mengekal kelembapan tanah, memperbaiki struktur tanah dan pengudaraan dalam tanah serta mencegah pertumbuhan rumpai.
Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagianCeutrosema pubescens. Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar dua meter diantara tiap baris anak benih kelapa. Bagi tanah BRIS disyorkan menanam kekacang jenis Stylosauthes gracillis secara berbaris dengan jarak satu meter ataupun secara berpetak 1.0 meter x 1.0 meter. Biji benih kekacang penutup bumi hendaklah yang bermutu tinggi dengan kadar percambahan melebihi 80%. Rawatan dengan air panas bersuhu 75oc (campuran dua bahagian air yang mendidih dengan satu bahagian air sejuk) disyorkan untuk memecahkan kulit biji benih yang keras. Rendamkan biji benih di dalam air panas suam selama 2 jam sebelum ditoskan. Biji benih yang telah dirawat dengan rawatan air panas mesti ditanam pada keesokan harinya.
Pembajaan bagi tanaman kekacang
Umur Tanaman
|
Jenis Baja
|
Kuantiti Baja (Kg/Ha)
|
Semasa menanam (sepanjang laur tanaman)
3-4 minggu 3 bulan 8 bulan |
Baja debu fostat asli
12:12:17:2 + TE Baja debu fostat asli Baja debu fostat asli |
125
63 250 125 |
Jarak tanaman mengikut sistem tiga segi sama
Jenis Kelapa
|
Jarak Tanaman
|
Bilangan Pokok/Ha
|
Kelapa Tinggi
Kelapa MAWA Kelapa Rendah Kelapa Wangi |
9 m x 9 m
8 m x 8 m 6 m x 6 m6 m x 6 m |
124
156 278 278 |
Penanaman di ladang
Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah atas. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut. Anak-anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam. Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan. Menanam anak kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Pemangkasan
Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minima dengan penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua sahaja.
Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidakk mengeluarkan buah atau boleh menyebabkan mati. Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut:-
- Kubang Tanduk (Orycetes rhinocerous)
Warna hitam berstruktur sumbu di atas kepalanya. Menyebabkan kerosakan dengan mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa. Apabila pelepak membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan kipas. Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung di dalam lubang yang dikorek. Pucuk akan rebut dan musnah.
Tindakan:
Semua batang kelapa yang tumbang / dipotong perlu dipotong kecil-kecil dan bakar (menghapuskan tempat pembiakan kumbang tanduk di ladang). Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 1-2 biji 'moth ball', 3-4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan kumbang tanduk.
- Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)Mempunyai kepak berwarna hitam, torek berwarna hitam dengan jalur-jalur merah. Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Tindakan:
Suntik batang kelapa dengan racun monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok bagi membunuh serangga ini.
- Rama-rama Artona (Artona catoxantha)Berwarna merah perang dan hujung kepak berwarna kuning. Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Tindakan:
Jika serangan berlaku di musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok (sebelum larva membentuk pupa). Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.
- Ulat Beluncas (Setora nitens)Berwarna perang dan bertelur di bawah daun kelapa. Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bergerigi pada daun.
Tindakan:
Kawal secara suntikan batang racun monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok.
- Rama-rama Haidari (Hidari irava)
Berwarna perang dengan empat titik kuning di tengah-tengah kepak. Larva hidup di bawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas ke bawah dengan tanda daun tingga lidi.
Tindakan:
Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
- Kumbang Plesispa (Plesispa reichei)Berbadan leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning. Dewasa dan larva memakan permukaan daun menyebabkan daun-daun sedikit bergulung. Terdapat tompok-tompok bekas makan di atas daun. Serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.
Tindakan:
Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
- Kumbang Tandok (Oryctes rhinoceros, L)Sila lihat ulasan mengenai kumbang tandok di sini (klik) !
- Bintik-bintik Daun:
Jarangkan anak benih di tapak semaian. Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun kulat Captan pada kadar 0.2% bahan aktif.
- Hawa Bebenang Putih
Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian. Musnahkan anak benih yang teruk diserang.
- Lagi Penyakit-penyakit Kelapa
Sila klik di sini untuk maklumat seterusnya!
KEMATANGAN BUAH
Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang. Di ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.
Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun atau lebih. Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun.
PENGENDALIAN PASCA TUAI
Pengendalian di rumah pembungkusan:
Buah kelapa dikutip dan dihimpun di ladang dan dihantar ke rumah pembungkusan untuk digredkan. Buah kelapa digredkan kepada Gred A, AB, ABC, ABCD / LONG dan Kelapa Belah berdasarkan lilitan buah seperti berikut:-

Gred
|
Lilitan (cm)
|
Harga (sen)
|
A
AB ABC ABCD /LONG Kelapa Belah |
Lebih 45 cm
40-45 cm 35-40 cm 30-35 cm |
26
24 22 16 14 |
Pembungkusan dan pengangkutan hasil
Buah-buah kelapa tidak dirawat atau dibungkus selepas dikutip. Buah-buah kelapa tua diangkut dengan lori. Tandan kelapa muda juga diangkut dengan lori tanpa pembungkusan.
Pusat Komoditi Teluk Bharu - Pengeluar Benih Kelapa Pandan di Perak
Stesen Pembangunan Komoditi Teluk Bharu yang ditubuhkan pada tahun 1965 dengan keluasan 80 hektar mempunyai germplasma kelapa Matag, Mawa, Maren, Tagnanan, West African Tall, Renell, Rambai, Manis, Macapuno dan pelbagai asessi Malayan Tall. Terdapat blok Kelapa Pandan seluas 15.25 ha. dengan bilangan 3,500 pokok yang digunakan untuk pengeluaran benih. Stesen ini mengeluarkan benih Kelapa Pandan diantara 15,000 hingga 30,000 anak pokok setahun bagi menampung keperluan seluruh Malaysia khususnya projek kelapa Jabatan Pertanian.
Anak benih berumur lebih 120 hari yang telah lulus peringkat penakaian sedia untuk edaran dan dijual dengan harga RM4.00 sepokok. Untuk tempatan, sila hubungi
Saya nak Cari benih kelapa yang bersaiz besar Ada ker encik
BalasPadamPokok telah kluar mayang tapi semua bunga mayangnya gugur tak lekat buah apakah masaalahnya Tuan?
BalasPadamAssalamualaikum, brp harga ank pokok kelapa matak
BalasPadam