Sabtu, 19 Disember 2015

Teknik Menggemukkan Buah Mangga

Teknik Menggemukkan Buah Mangga

hanifidrus
Salam satu blogger. Hari ni pakcik nak kasi ilmu menggemukkan dan melebatkan pokok mangga anda. Bukan lebat dengan daun tapi dengan buah!!!!

Seperti gambar kat atas tu itulah pokok mangga umah mak aku yang telah berumur 35 tahun!!! Dah tuakan tapi masih mampu melahirkan buah yang banyak dan gemuk.
Ilmu ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Pembaca blogger yang bertuah di blog ini sahaja aku kasi ilmu ni. Ewahhh!!!
Teknik ini kita panggil "Teknik Seraut Daun".hihihi. Aku saja namakan biar nampak glamer sikit.

hanifidrus
Kawasan Ruas

Dari gambar yang ditunjukkan anda dikehendaki membuang daun di raut terakhir batang pokok tersebut. Nak buang senang ajer..anda tarik daun ke bawah dari raut tersebut.
Hasilnya adalah gambar dibawah. Buatlah pada semua batang daun yang mempunyai raut yang lama. Dan lihatlah hasilnya.
Manakala dahan-dahan yang tinggi anda cantas ler. Kalau tinggi sangat susah lak nak meraut...hihihihihi.

hanifidrus
Teknik Seraut Daun

Cuma masalahnya ialah nak menyapu daun-daun yang telah diraut..
Logiknya teknik ini ialah, baja pokok akan lebih terarah ke buah mangga anda kerana daun dah tak ader. So buah mangga anda akan gemuk segemuknya.
Teknik ini mengajar mengurangkan daun dengan cara yang betul.
Teknik ini boleh digunakan bila-bila masa. Tak yah tunggu pokok berbuah. Taou kalau dah berbuah lagi baik...
Selamat mencuba!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan