PANDUAN MENANAM LIMAU NIPIS
PENGENALAN
Limau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk
kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5
cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.
Pokoknya pula
adalah lebih kurang 5 m tinggi.
IKLIM
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.
TANAH
Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.
CARA-CARA MENANAM
Membiak
Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini
pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.
Menanam
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini
menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.
Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.
Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30-
40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun
selepas pokok-pokok mula berbuah.
CANTASAN
Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah
perlu dilakukan.
KAWALAN RUMPAI
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul
dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan
menggunakan racun rumpai.
PENJAGAAN
Pembajaan
Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:
Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)
Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun. Kadar dan masa pembajaan adalah seperti berikut:
Sila lihat jadual pembajaan di bawah.
HASIL
Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara
20-25 kg/pokok/tahun boleh diperolehi.
Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.
JADUAL PEMBAJAAN
Ke atas 2.5 ) Hasil
6 2.3 ) 4-5 bulan kemudian selepas mengutip
5 1.8 ) Permulaan musim hujan
4 Baja Buah 1.5 ) 2 kali setahun
3 1.0 ) Sebelum musim kering
Permulaan musim hujan/4-5 bulan
kemudian
2 0.5 )
1 Tumbesar 0.3 ) 3 kali setahun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan