Selasa, 15 Disember 2015

Pembaziran kawasan tanah

Pembaziran kawasan tanah

on Saturday, May 10, 2014
Salam bahagia,

Hari ini saya nak ketengahkan rasa tidak puas hati terhadap pembaziran tanah yang rata-rata boleh kita lihat dimana-mana. Bayangkanlah, jika seseorang memiliki tanah dalam satu ekar tetapi tidak ada sebarang hasil. Ini merupakan satu pembaziran, sebenarnya tuan-tuan, tanah walaupun satu ekar cukup amat-amat bernilai. Jangan biarkan ia kosong ditumbuhi oleh pokok yang tidak berhasil. Satu ekar jika betul cara pengurusannya ia boleh dijadikan sebagai punca pendapatan dan sara hidup yang mencukupi untuk satu keluarga. 

Lagi-lagilah mereka yang dapat tanah pusaka, mulalah gatal tangan nak menjual, ini satu kerugian yang besar. Cuba anda bayangkan, jika tanah ini diusahakan secara bijak, hasilnya mungkin jika dikumpul 10 tahun boleh beli rumah banglo. Jika dijual, duit tersebut tidak dapat bertahan lama, akhirnya habis begitu sahaja. Jika tanah tersebut diusahakan, paling tidak pun ada pendapatan yang tak putus-putus. Dalam erti kata lain, "tanah ini sebenarnya adalah mesin buat duit".

Pada pendapat saya, kebanyakan tuan tanah perlu aktif memanipulasi penggunaan tanah, kebanyakan yang kita tengok satu tapak tanah ada segala macam jenis pokok, contohlah rambutan 1 batang, kelapa 3 batang, pokok pelam, pokok manggis, pokok belimbing, pokok jambu batu dan lain-lain. Jika kita pergi lebih dekat lagi, pokok rambutan sudah tak produktif, pokok kelapa banyak jatuh, tapi bila nak masak beli santan kat kedai juga, pokok pelam berbuah tapi masak gugur jadi sampah. Pokok belimbing bila berbuah semua kemetot, jambu batu bila berbuah oklah, budak-budak, anak cucu suka panjat makan. Bila di kira-kira semula tolak campur kali bahagi, hanya pokok jambu sahaja yang berfaedah. hehe.

Sebenarnya cara penanaman segala macam pokok ini dah tidak sesuai dimasa sekaramg, kalau zaman dahulu lainlah, kedai jauh, hasil pokok pun kalau ada tak dapat dijual sebab peniaga tak ramai, kenderaan pun tak ada. Itulah sebabnya masing-masih tanam untuk keperluan sendiri. Cari duit dengan bersawah dan berkebun getah. Tapi zaman sekarang sudah tidak sesuai lagi, sebab ada tanah tapi makan gaji dibandar, gaji pula kecil, malam buat part time pula. Apa ini sebenarnya. 

Jadi, jika kita ada tanah kita fikirkanlah semula, apa faedahnya tanah ini. Apa yang kita boleh buat. Katakanlah jika kita lulusan universiti, menjawat jawatan baik dikota. Apa salahnya jika tanah seekar tersebut ditanam pokok getah, boleh juga orang kampung tolong torehkan, Hasil bahagi secara adil. Boleh juga ditanam kelapa, tanam pokok durian dan lain-lain.

Kesilapan yang berlaku contohlah pokok durianjika diusahakan hasil tak menjadi, buah tak berkualiti dan tak lebat. Puncanya tanam pokok meggunakan biji, memang akan jadi masalah. Kita kena faham pokok durian kalau tanam biji memerlukan masa 10-20 tahun baru ada buah, dan kalau sempat pokok umur 100 tahun -200 tahun barulah betul-betul menjadi buahnya gred1. 

Ini kita pelu faham. Penyelesaiannya kita tanam pokok kahwin, 4 tahun dah boleh mengeluarkan hasil, lebat, berkualiti dan gred1 lagi. Teknologi ini dah lama tetapi kita masih tak faham. Oleh sebab itulah negara kita masih lagi mengimport dari siam untuk keperluan dalam negara. Sekarang negara kita memiliki buah jenis terbaik didunia, iaitu musang king. Boleh dieksport, permintaan sangat menggalakkan dan tidak mencukupi. Di UK harga sebiji durian ialah 50 pound, bayangkan. Untuk dua musim berbuah pendapatannya mungkin cukup sara hidup setahun.
  Kita juga boleh usahakan, berjenis-jenis sayuran, contoh negara kita masih lagi mengimport cili besar dari negara jiran. Kalau nak usaha tak perlu guna tulang 4kerat lagi, sekarang ada jentera... upah sahaja. Dan gajikan pekerja. Macamtulah lebih kurang.... yang penting kita perlu faham bahawa setapak tanah sangat berharga, kerana ia adalah tapak jana pendapatanJangan jual atau bazirkan.


Ok, dari pada gambarajah diatas, kita lihat pengurusan tanah satu ekar. Pertama rumah bapa, dibelakang tu kita reservekan untuk rumah anak menantu, satu orang anak perlu ada kalau tidak nanti sunyi , juga boleh membantu bila-bila diperlukan. Depan tu ada satu pondok simple je untuk buat letak hasil kebun bila ada, senang orang lalu lalang boleh nampak dan datang beli atau disedekahkan, jangan lupa letak loceng, nak tunggu tak larat. 

Di belakang lagi adalah kawasan hobi, hobi ni penting, macam-macam boleh buat, nak tanam serai, kunyit ke, atau nak buat gelanggang silat pun boleh. Dibelakang lagi kita buat kebun tempat kerja jana pendapatan, kita boleh maksimumkan tiga jenis tanaman iaitu pokok saka, disulam dengan pokok renek. Di bahagian paling bawah tanam pokok merayap seperti labu, tembikai, keledek atau lain-lain. Haa baru maksimum penggunaan tanah. Yang penting kita perlu berfikir dan merancang. Amacam? ok tak, ini buah fikiran saya sahaja, anda mingkin lebih arif.

Baja pertanian

on Wednesday, April 30, 2014
Pembajaan pokok sememangnya perlu, kerana pokok memerlukan nutrien untuk cepat membesar. Jika kita menanam tentulah kita mahukan hasilnya, apabila melihat baja yang kita guna serasi dengan pokok hmmm...seronok kita melihatnya. Jika berkebun tetapi tidak mahu membaja samalah seperti kebun main-main.
Dibawah ini disenaraikan jenis-jenis baja yang ada dipasaran. Masih banyak lagi jenis yang baja yang baik tidak disenaraikan. Jika anda penjual baja, silalah promote baja tuan di page ini.

1. Baja Ezigrow

Hai-O Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Hai-O Ezigrow adalah sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
Nilai pH Hai-O Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.

Kelebihan produk:
  • Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
  • Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta meningkatkan proses fotosintesis dan kandungan gula dalam masa 1 jam selepas semburan.
  • Mengandungi asid humik yang dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem imunisasi tumbuh-tumbuhan supaya lebih sihat.
  • Menambah hasil pengeluaran tanaman sehingga 70%.
  • Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran tanaman.
  • Mengurangkan masalah pertunasan, pengunapan dan mengawal keguguran buah melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
  • Mesra alam dan mudah diuraikan.
  • Sesuai digunakan untuk tujuan semburan atau siraman.
  • Boleh dicampurkan dengan racun serangga atau racun kulat.
==================================================


2. Baja Zeolite

Panglima Syamzai Ent merupakan pembekal baja pertanian berjenama Baja Cap Twin Cow yg bertempat di Butterworth. Kami memasarkan berbagai2 jenis baja yang terdiri daripada baja merawat tanah, naja kimia, baja organik dan baja bio organik adalah seperti berikut:-
1. Baja Utk merawat & memulihkan tanah pertanian
a) Baja Zeolite A Granular - 1beg/25kg
2. Baja Kimia
a) Baja sebatian F4 Plus N(9):P(6):K(20):MgO(2):B2O(0.5):TE+Zeolite+Organik+EM - 1beg/25kg
b) Baja Sebatian N(10):P(6):K(21):MgO(2):B2O(0.5)TE - 1beg/25kg
c) Baja Sebatian N(12):P(12):K(17):MgO(2):B2O(0.5):TE - 1beg/50k
3. Baja Organik
a) Baja Humik Asid Granular 1beg/25kg
4. Baja Bio-Organik
a) Baja Bio Organik 633 - 1beg/40kg
b) Baja Bio Organik 3in1 - 1beg/40kg
c) Baja Bio Organik 929 - 1beg/30kg
d) Baja Bio Organik 888 - 1beg/10kg
dan berbagai lagi baja yang kami pasarkan.

Baja Sebatian Cap Twin Cow
Baja yg ekonomi dan berkemampuan...
1. Baja N:P:K 12:12:17:2(MgO):0.5(B):TE - 1beg 50kg (Baja Tumbesaran Pokok)
2. Baja N:P:K 9:6:20:2(MgO):0.5(B):TE+Organik+Zeolite+EM - 1beg 25kg (Baja Buah)
3. Baja N:P:K 10:6:21:2(MgO):0.5(B):TE - 1beg 25kg ( Baja Buah)
utk info blh layari
facebook : Panglima Syamzai
fanpage : Baja Cap Twin Cow
sms/call : syam 013 5320080





 ====================================

3. Plant Booster – alternatif kepada penggunaan bahan kimia
(idris bald)
Dalam negara menuju ke arah pengeluaran bahan makanan dan produk pertanian yang lebih bermutu dan selamat dimakan, banyak kaedah penjagaan tanaman telah dijalankan seperti penggunaan bahan organic dan Efektic MicroOrganisma (EM) telah digunakan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia seterusnya mengurangkan kos pengeluaran serta memastikan pengeluaran bahan makanan bebas dari bahan kimia. 
EM ialah sekumpulan mikroorganisma yang hidup berkelompok di sesuatu tempat. Ianya hidup berharmoni di dalam tanah bersama tumbuhan dengan membekalkan makanan dan memberi perlindungan kepada serangga dan binatang kecil yang lain. EM tempatan boleh dikumpul dan dibiak untuk memperbaiki dan memulihkan tanah. 
Jabtan Pertanian telah berjaya membuktikan penggunaan EM (Plant Booster) ke atas beberapa tanaman seperti Rock Melon, Tomato, Cili dan Pisang dapat meningkatkan mutu dan kualiti tanaman tanpa penggunaan bahan kimia. 
En. Wan Muhammad Zukarnain bin Baharudin seorang Pegawai Pertanian yang berpengalaman dalam tanaman Fertigasi dan Organic Farming yang berpusat di Bahagian Pembangunan Komoditi Serdang telah menjalankan penyelidikan terhadap tanaman di atas dengan hasil yang sangat ketara dari segi pertumbuhan dan juga hasilnya.
Penyediaan EM (Plant Booster) mudah disediakan dengan penggunaan bahan yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang kecil seperti berikut:
Bahan-bahan penghasilan plant booster 
Gula merah (1kg), belacan(0.5kg), nanas (1kg), telur(10 biji), dedak (0.5kg), air (20L), susu segar atau susu tepung (2L@kg), pisang (1kg), betik (1kg), labu (1kg), kangkong (1kg) dan ragi (5 biji)
Kaedah pembuatan
Langkah 1: Bahan-bahan seperti belacan, nanas, pisang, betik dan
kangkong perlu dikisar halus.
Langkah 2: Bahan-bahan yang dikisar dicampur dengan telur, susu
segar atau susu tepung, dedak, gula merah dan air. 
Langkah 3: Kesemua bahan-bahan tersebut di masukkan ke dalam
satu bekas kemudian dikacau. 
Langkah 4: Buah labu yang dipotong dengan ketebalan 2mm,
panjang 5-6cm dan lebar 2-3 cm diletakkan 
dipermukaan media bahan yang telah dicampur dan 
akhir sekali ragi yang telah dipecahkan ditabur ke atas
permukaan labu atau media. 
Langkah 5: Bekas tersebut ditutup secara separa anaerobik dan
peram selama seminggu. Produk ini dianggap matang
apabila terdapat miselium putih tumbuh di atas 
permukaan media dan berbau masam manis. 
Langkah 6: Setelah matang, plant booster dikacau dan ditapis 
sebelum digunakan pada tanaman. 
Aplikasi pada tanaman 
Plant Booster pekat perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan dilapangan dan kecairan mengikut sukatan seperti dibawah;
i. Melon; Minggu (M) 1-2 (15ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L) 
dan M 6-10 (30ml/L)
ii. Tomato; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (15ml/L),
M 6-8(20ml/L) dan M 9 keatas (25ml/L) 
iii. Cili; Minggu (M) 1-2 ( 10ml/1Liter air), M 3-5 (20ml/L), 
M 6-8(30ml/L) dan M 9 keatas (40ml/L). 
iv. Pisang; Minggu (M) 2 ( 10ml/1 liter air), M 4 (15ml/L), 
M 8 (20ml/L), M 10 (25ml/L), M 12 ke atas hingga matang
(30ml/L) setiap bulan. Semua kaedah pembajaan dan
kawalan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian.
Anda boleh mencuba sendiri....... 
Bagi anda yang ingin keterangan lanjut, sila hubungi 
Bahagian Pembangunan Komoditi 
Jabatan Pertanian Serdang





================================================
4. BIO ONE PLUS
ANDA ADA KEBUN...PENING MEMIKIRKAN HARGA FOLIAR YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENINGKAT DIMANA HARGA HASIL PENGELUARAN JUGA TIDAK MENENTU..ANDA ADA POKOK HIASAN DAH HABIS MEMIKIR BAJA TUK SUBURKAN DAN UNTUK MENGELUARKAN BUNGA YANG CANTIK...ANDA ADA BUAT KEBUN KELILING RUMAH TAPI PENING ASYIK DISERANG MAKLUK PEROSAK
XPERLU PENING-PENING LAGI KINI 
BIO ONE PLUS DAPAT MEMBANTU.......
Promosi Hebat...
KANDUNGAN :
500ML/BOTOL DAN 5LIT/BOTOL

AGEN YANG TERKANDUNG DALAM SEBOTOL BIO ONE PLUS:
BAJA POKOK..BAJA DAUN..BAJA BUNGA...BAJA BUAH...PERLINDUNGAN...HORMON..VITAMIN
NISBAH PENGGUNAA:
2-3ML 1LITER AIR DAN BUAT SEMBURAN PADA POKOK
MAKLUMAT LEBIH LANJUT LAYARI: http://www.mdaarifent.blogspot.com/







=============================================

5. Power Multipurpose Fertilizer

Baja folia dikilang oleh Wafiqah Farm & Nursery. Baja ini berkualiti tinggi yang sangat diperlukan dan cepat diserap oleh tumbuhan serta salah satu baja yang mendapat sambutan dari petani dan pengusaha pertanian di Malaysia.

Baja ini mengandungi unsur makro & mikro nutrien serta bio perangsang yang dapat mengatasi masalah kekurangan nutrien bagi tanaman. Kelebihan baja ini juga, dapat mempercepatkan kematangan tanaman, merangsang proses pendebungaan, pembuahan serta mengurangkan keguguran bunga dan putik. Ia juga membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti buah serta bunga. Dengan menggunakan baja ini insyaAllah anda dapat meningkatkan hasil dari 15% - 100% atau lebih. Harga pasaran 1 Liter RM49.90 @ 2 Liter RM99.90.

Cara penggunaan:- Gongcang pati baja kemudia hanya 10ml pati baja dicampurkan kedalam 1liter air kemudian sembur pada daun @ siram pada pangkal pokok. (Sebaiknya sembur pada daun) waktu membaja sebaiknya pada 7am-10am waktu pagi dan 5pm-7pm waktu petang. Anda boleh lihat perubahan dalam 3-5 hari Inshaa Allah. Anda boleh juga memcampurlan racun kulat dan serangga sekali untuk menjimatkan masa dan tenaga serta wang ringgit.

Baja ini jika digunakan berlebihan inshaa Allah tidak menjadi masalah malahan membawa kebaikkan. Jika menggunakan secara berkurangan anda akan rugi . Jika Anda tuangkan pati baja ini pada pangkat @ sembur pokok sekali pun inshaa Allah tidak menjadi masalah. Semoga Allah mempermudahkan usaha anda serta Semoga bejaya dan diberkati Allah.  








Tiada ulasan:

Catat Ulasan